Wednesday, January 29, 2014

~22.03.1956 - 22.01.2014~

22.01.2014
Lebih kurang jam 11 malam,
Abah rebah disisi aku.
Di dalam kereta. Ya di dalam kereta.
Doktor sahkan Abah telah meninggal dunia.
Meninggalkan mak,
Meninggalkan anak & menantu,
Meninggalkan semua yang ada didunia ini.
Hati aku rasa pedih. Sesak nafas.
Tangan aku sejuk menggeletar.
Aku menangis semahunya.
Entah berapa banyak bahu aku pinjam.
Mengenangkan Mak, mengenangkan abang.
Yang paling banyak, mengenangkan abah.
Penat agaknya. Biarkan Abah berehat.
Kami redha. Walaupun sedih. Walaupun perit.
Insya Allah, Abah akan lebih tenang,
Tenang disisi Allah swt. Penciptanya.
Hanya doa yang mampu aku kirimkan.
Untuk Abah yang aku kasihi.
Hari ini genap 7 hari.
Masih lagi terngiang ngiang 3 malam terakhir.
3 malam terakhir aku bersama Abah.
Wahai Abah sayang, tenanglah Abah di sana,
Nantikan kami. Satu hari kita pasti akan bersama semula.
Al-Fatihah


Tuesday, January 21, 2014

Yang Paling Dalam

Pesakit dan penjaga
Sama sama sakit.
Semoga mereka semua tabah.
Semoga abah juga tabah.
Semoga mak di rumah juga tabah.
Dan moga hati aku juga tabah.

Subhanallah.

Saturday, January 18, 2014

Pertama untuk 2014

Abah tuan tanah admitted kat ward medical Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR). Hari ni dah hari ke 2. Setelah beberapa cubaan mengajak dengan cara lembut, sopan, garang, paksa akhirnya dia sendiri mahu diperiksa.

Secara jujurnya kami sekeluarga dah immune dengan suasana sini. Ramai. Padat. Sibuk. Bising. Kamu takkan dapat layanan tiptop kat sini. Tapi insya Allah dengan sedikit effort dari pihak keluarga, nurse dan doktor semua confirm pesakit akan dapat treatment yang terbaik.

Tapi kat sini tuan tanah belajar kehidupan. Orang kaya orang miskin semua ada kat sini. Sini orang hidup bermasyarakat. Tolong menolong. Tak kisahla kita ni kaum apa. Bangsa apa. Orang Malaysia ke bukan ke. Ada sebenarnya nilai nilai murni dalam hati semorang. Cuma kurang dipratikkan.

Dalam lubuk hati tuan tanah yang paling dalam, tuan tanah sebak sebab dalam umur lewat 20an ni tuan tanah masih tak mampu nak berikan hospitaliti yang baik untuk mak abah. Mereka dah masuk angka 60. Bila sebenarnya tuan tanah dapat beri kesenangan pada mereka. Tapi takpala. Takda wang ringgit. Tenaga kudrat ada lagi. Insya Allah selagi ada nyawa. Selagi ada kudrat. Tuan tanah akan terua berbakti pada mak dan abah. Merekala dunia, mereka jugala angkasa tuan tanah.

Thursday, January 16, 2014

Cuba Bayangkan

Hai. Bersiaran dari kantor. Waktu hampir menujukkan ke jam 1, lunch hour hampir tiba. Tuan tanah dah curi tulang sebentar. Maafkan saya bapak, daddy, colleagues semua. Saya sedang curi tulang.

Pagi ni bagai ribut kat rumah.
Seperti biasa sarapan & makan tengah hari
Semua tuan tanah siapkan untuk isi rumah
Bila ada "extra" kerja dari rutin harian
Tuan tanah jadi marah. Berapi.
Penat jangan cakaplah.
Bayangkan dulu mak abah kita
Besarkan kita.
Makan minum, pakaian
Mainan jangan cakap.
Macam mana mereka susun jadual mereka?
Tuan tanah cemburu.

Tuesday, January 07, 2014

Duo Ribu Ompek Bolaih

Baru tuan tanah perasan, hanya ada 1 entry sahaja untuk tahun 2013. maafkan tuan tanah. banyak juga tempat tuan tanah pergi & explore. tapi takda satu pun (kecuali Hai Peng Kopitiam) tuan tanah publish kat sini. gila selfish. 

Jadi untuk projek projek 2014, tuan tanah lebih mendekatkan diri dengan Couchsurfing & Tripadvisor. Tak lupa juga pada laman sesawang seperti Agoda. Terima kasih juga pada bloggers yang memang sekarang hari hari tuan tanah duk belek. macam stalker pun ada. pergi la tengok Skampung atau WanderlustDJ dan banyak lagi. Mereka ni antara bloggers yang gigih buat travelogue untuk simpanan peribadi & untuk pedoman orang orang newbie macam tuan tanah.

So duo ribu ompek bolaih ni tuan tanah akan cuba menghapdet segala mak nenek ceruk rantau & jenis makanan yang tuan tanah makan. Dah tiba masanya membalas budi kepada encik google. 

To Projek 2014, i will see you soon :)

Xoxo,
MakHela